- This event has passed.
Sarikei Innovation Leap: Innovation Bootcamp

Sarikei Innovation Leap: Innovation Bootcamp merupakan program persediaan yang direka khas dan terbuka kepada orang awam serta pemilik perniagaan, termasuk peserta daripada inisiatif Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di bawah Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Program ini bertujuan membantu peserta membangunkan idea inovasi secara lebih jelas, tersusun dan praktikal sebagai persediaan sebelum menyertai program utama Sarikei Innovation Leap: Techstars Startup Weekend Sarikei 2026.
Sepanjang Bootcamp, peserta akan melalui proses pembangunan inovasi secara berperingkat, bermula daripada penerokaan idea, mengenal pasti masalah sebenar, membangunkan serta menguji penyelesaian, hingga kepada pembinaan prototaip ringkas. Peserta juga akan didedahkan kepada pendekatan inovasi oleh Techstars yang menekankan konsep pembelajaran secara praktikal (Learning by doing).
Program ini bukan sahaja membantu memperkukuhkan idea, malah memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran bekerjasama, berfikir secara kritikal dan membina keyakinan dalam membangunkan penyelesaian yang relevan.
Secara keseluruhannya, Bootcamp ini menyediakan asas yang kukuh untuk peserta mengembangkan projek inovasi mereka ke peringkat seterusnya dalam persekitaran yang kolaboratif dan sentiasa menyokong.
Sarikei Innovation Leap: Innovation Bootcamp is a specially designed preparatory programme open to the public and business owners, including participants from the Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) initiative under Pejabat Residen Bahagian Sarikei. The programme aims to help participants develop their innovation ideas in a clearer, more structured and practical way in preparation for the main Sarikei Innovation Leap: Techstars Startup Weekend Sarikei 2026.
Throughout the Bootcamp, participants will go through a structured innovation journey, from exploring ideas and identifying real problems, to developing and testing solutions and building simple prototypes. Participants will also be introduced to Techstars’ innovation approach, which emphasises hands-on learning (learning by doing)
Beyond strengthening ideas, the programme also provides opportunities for participants to enhance collaboration skills, think more critically and build confidence in developing relevant and impactful solutions.
Overall, the Bootcamp provides a strong foundation for participants to take their innovation projects to the next level within a supportive and collaborative environment.



What is included in this event?
Apa yang termasuk dalam program ini?
- Peserta boleh menyertai makan tengah hari sambil berkenalan semasa acara.
- Peserta akan menerima e-sijil penyertaan selepas acara tersebut.
- Participants able to join the networking lunch during the event.
- Participants will receive an e-certificate of participation after event.


