Loading Events

« All Events

Grow Your Business: Find More Customers & Explore Funding Options

November 12 @ 9:00 am - November 14 @ 5:00 pm
Nak kembangkan perniagaan dan menarik minat pelabur?

Ingin mengembangkan perniagaan tetapi tidak pasti bagaimana untuk menarik minat pelabur? Atau ingin tahu apa yang perlu disediakan sebelum memperkenalkan perniagaan kepada bakal pelabur?

Program selama tiga hari anjuran Sarikei Innovation Center, dengan sokongan Sarawak Business Angel Network (SBAN) dan Spring Galaxy, akan membantu usahawan mengenal pasti peluang mengembangkan perniagaan, memahami perspektif pelabur dan mengetahui persediaan yang diperlukan untuk menjadikan perniagaan lebih bersedia menerima pelaburan.

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

Hari 1: Tarik Lebih Ramai Pelanggan & Kembangkan Perniagaan

Ketahui cara menarik lebih ramai pelanggan, mengenal pasti peluang pasaran dan mencari ruang untuk mengembangkan perniagaan.

  • Kenal pasti bakal pelanggan dan peluang pasaran baharu.
  • Terokai cara praktikal untuk mengembangkan perniagaan.
  • Bincangkan cabaran dan perkara yang boleh diperbaiki.

Hasil: Kenal pasti peluang untuk mengembangkan perniagaan dan langkah yang boleh diambil seterusnya.

Hari 2: Kenali Apa Yang Pelabur Cari & Buat Persediaan

Ingin menarik minat pelabur? Ketahui perkara yang biasanya dinilai oleh pelabur dan persediaan yang diperlukan sebelum mendapatkan pelaburan.

  • Fahami bagaimana pelaburan dalam perniagaan berfungsi.
  • Kenali perkara yang dilihat oleh pelabur sebelum mempertimbangkan sesuatu perniagaan.
  • Ketahui kepentingan rekod kewangan, aliran tunai dan prestasi perniagaan.
  • Fahami cara menunjukkan potensi dan peluang pertumbuhan perniagaan kepada pelabur.
  • Kenal pasti perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadikan perniagaan lebih bersedia menerima pelaburan.

Hasil: Lebih memahami perspektif pelabur dan mengetahui perkara yang perlu disediakan sebelum mendekati bakal pelabur.

Hari 3: Fahami Perspektif Pelabur & Dapatkan Panduan daripada Pakar Industri

Ketahui bagaimana pelabur menilai sesebuah perniagaan dan perkara yang boleh meningkatkan keyakinan mereka untuk mempertimbangkan sesuatu pelaburan.

  • Fahami bagaimana pelabur menilai potensi, peluang pertumbuhan dan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan.
  • Kenali soalan yang mungkin ditanya oleh pelabur.
  • Ketahui cara memperkenalkan perniagaan dan menyampaikan peluang pelaburan dengan lebih meyakinkan.
  • Kenal pasti perkara yang boleh diperbaiki untuk mengukuhkan perniagaan.

Hari ini turut akan menampilkan Live Advisory Clinic, iaitu sesi untuk pemilik perniagaan terpilih memperkenalkan perniagaan mereka, menjawab soalan dan menerima maklum balas daripada pakar industri.

Hasil: Lebih memahami perkara yang akan dinilai oleh pelabur dan mengenal pasti penambahbaikan yang boleh diberi keutamaan dalam tempoh 90 hari akan datang.

Penyertaan dalam Live Advisory Clinic adalah secara sukarela dan terhad kepada pemilik perniagaan yang terpilih. Sesi ini bertujuan untuk pembelajaran dan mendapatkan maklum balas, bukan permohonan pembiayaan atau jaminan untuk mendapatkan pelaburan.

Siapa yang Sesuai Menyertai?

Program ini sesuai untuk:

  • Pemilik perniagaan mikro dan kecil yang ingin berkembang.
  • Usahawan yang ingin menarik lebih ramai pelanggan.
  • Pemilik perniagaan yang berminat mendapatkan pelaburan untuk mengembangkan perniagaan.
  • Usahawan yang ingin memahami apa yang dicari oleh pelabur.
  • Pemilik perniagaan yang ingin membuat persediaan sebelum mendekati bakal pelabur.

Anda tidak semestinya perlu mempunyai pengalaman berurusan dengan pelabur untuk menyertai program ini. Sama ada anda baru ingin mengetahui tentang pelaburan atau sudah mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan, program ini dapat membantu anda memahami perspektif pelabur dan membuat persediaan dengan lebih baik.

Kenali Trainer & Speaker Jemputan

Ambil Langkah Seterusnya untuk Perniagaan Anda

Tarik Lebih Ramai Pelanggan. Kenali Pilihan Pembiayaan yang ada. Bersedia untuk Berkembang.

Sertai kami di Sarikei untuk mendapatkan ilmu, panduan dan perkongsian praktikal bagi membantu anda mengembangkan perniagaan.

Berminat untuk menyertai? Daftar sekarang!

Program ini menyediakan perkongsian ilmu dan bimbingan, tetapi tidak menjamin kelulusan geran, pinjaman, pembiayaan, pelaburan atau akses kepada pasaran baharu.

Nota: Program ini akan dijalankan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (English).

DAFTAR SEKARANG


Looking to Grow Your Business and Attract Investors?

Want to grow your business but not sure how to attract potential investors? Or would you like to know what needs to be prepared before presenting your business to potential investors?

This three-day programme, organised by Sarikei Innovation Center, with the support of Sarawak Business Angel Network (SBAN) and Spring Galaxy, will help entrepreneurs identify business growth opportunities, understand the investor’s perspective and learn what it takes to prepare their businesses for investment.

What Will You Learn?

Day 1: Attract More Customers & Grow Your Business

Learn how to attract more customers, identify market opportunities and explore ways to grow your business.

  • Identify potential customers and new market opportunities.
  • Explore practical ways to grow your business.
  • Discuss business challenges and areas for improvement.

Outcome: Identify opportunities to grow your business and determine the next steps to move forward.

Day 2: Understand What Investors Look For & Prepare Your Business

Interested in attracting investors? Learn what investors typically evaluate and what you need to prepare before seeking investment.

  • Understand how business investment works.
  • Identify what investors look for when considering a business for investment.
  • Learn the importance of financial records, cash flow and business performance.
  • Understand how to demonstrate your business potential and growth opportunities to investors.
  • Identify areas that need improvement to make your business more investment-ready.

Outcome: Gain a better understanding of the investor’s perspective and know what to prepare before approaching potential investors.

Day 3: Understand the Investor’s Perspective & Get Guidance from Industry Experts

Learn how investors evaluate businesses and what can help build their confidence when considering an investment opportunity.

  • Understand how investors assess a business’s potential, growth opportunities and financial position.
  • Learn about the questions investors may ask.
  • Discover how to present your business and communicate investment opportunities more confidently.
  • Identify areas for improvement to strengthen your business.

The day will also feature a Live Advisory Clinic, where selected business owners will have the opportunity to introduce their businesses, answer questions and receive feedback from industry experts.

Outcome: Gain a better understanding of what investors evaluate and identify key improvements to prioritise over the next 90 days.

Participation in the Live Advisory Clinic is voluntary and limited to selected business owners. The session is intended for learning and feedback purposes only. It does not constitute a funding application or guarantee of securing investment.

Who Should Attend?

This programme is suitable for:

  • Micro and small business owners looking to grow.
  • Entrepreneurs who want to attract more customers.
  • Business owners interested in securing investment to expand their businesses.
  • Entrepreneurs who want to understand what investors look for.
  • Business owners who want to prepare before approaching potential investors.

You do not need prior experience in dealing with investors to join this programme. Whether you are just starting to explore investment opportunities or already have plans to grow your business, this programme will help you understand the investor’s perspective and prepare your business more effectively.

 

Meet The Speakers & Trainers

Take The Next Step for Your Business

Find More Customers. Explore Funding Options. Prepare for Growth.

Join us in Sarikei to gain practical knowledge, guidance and insights to help you take your business forward.

Interested? Register now!

The programme provides learning and guidance but does not guarantee funding approval, investment or access to new markets.

Note: This programme will be conducted in two languages: Bahasa Melayu and English.

REGISTER NOW


想扩大生意规模,并吸引投资者的关注吗?

想让生意更上一层楼,却不知道如何吸引潜在投资者?还是想了解在向投资者介绍自己的生意之前,需要做好哪些准备?

这项为期三天的课程由 Sarikei Innovation Center 主办,并获得 Sarawak Business Angel Network (SBAN) 及 Spring Galaxy 的支持,旨在协助创业者寻找业务发展机会、了解投资者的想法,并学习如何为企业做好接受投资的准备。

温馨提醒:本课程将以双语进行,授课语言为马来语(Bahasa Malaysia)及英语(English)。

您将学到什么?

第一天:吸引更多顾客,拓展生意

学习如何吸引更多顾客、发掘市场机会,并寻找拓展生意的方向。

  • 了解潜在顾客群体及新的市场机会。
  • 探索实际可行的业务发展方式。
  • 讨论经营过程中面对的挑战及有待改善的地方。

学习成果: 找出生意的发展机会,并了解接下来可以采取的行动。

第二天:了解投资者的关注重点,并做好企业准备

想吸引投资者吗?了解投资者通常会评估哪些方面,以及在寻求投资之前需要做好哪些准备。

  • 了解商业投资的运作方式。
  • 认识投资者在考虑投资一门生意时所关注的事项。
  • 了解财务记录、现金流及业务表现的重要性。
  • 学习如何向投资者展示企业的潜力及发展机会。
  • 找出需要改善的地方,让企业更符合投资条件。

学习成果: 更了解投资者的想法,并清楚知道在接触潜在投资者之前需要做好哪些准备。

第三天:了解投资者的想法,并向业界专家寻求指导

了解投资者如何评估一门生意,以及哪些因素能够增加他们对投资机会的信心。

  • 了解投资者如何评估企业的发展潜力、成长机会及财务状况。
  • 认识投资者可能提出的问题。
  • 学习如何更有信心地介绍自己的生意及投资机会。
  • 找出可以改善的地方,进一步提升企业实力。

当天也将安排 Live Advisory Clinic(现场商业指导交流环节),让获选的企业负责人介绍自己的生意、回答问题,并获得业界专家的意见与建议。

学习成果: 更了解投资者评估企业的重点,并找出未来90天内值得优先改善的事项。

参与 Live Advisory Clinic 属于自愿性质,仅开放给获选的企业负责人。此环节主要用于学习及获取专业意见,并不代表正式申请融资,也不保证能够获得投资。

适合哪些人士参加?

本课程适合:

  • 希望扩大业务规模的微型及小型企业业主。
  • 希望吸引更多顾客的创业者。
  • 有意通过引入投资来拓展业务的企业负责人。
  • 希望了解投资者关注重点的创业者。
  • 希望在接触潜在投资者之前做好准备的企业负责人。

即使您没有与投资者打交道的经验,也可以参加本课程。 无论您是刚开始了解投资机会,还是已经有计划扩大生意规模,本课程都能帮助您了解投资者的想法,并为企业做好更充分的准备。

REGISTER NOW

Details

  • Start: November 12 @ 9:00 am
  • End: November 14 @ 5:00 pm

Organizer

Venue