Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Meta Boost x SOLS Programme

May 7, 2023 @ 9:00 am - 1:00 pm

Program Meta Boost x SOLS

Atas kerjasama Meta bersama SOLS Foundation & SOLS Edu, kami menawarkan program kelas percuma bagi membantu peniaga – peniaga tempatan kecil untuk mengembang perniagaan atas talian mereka.

Ketahui cara mengembangkan perniagaan anda dengan memperlihatkan perniagaan anda atas talian dengan Facebook, Instagram & WhatsApp.

 

Apa Yang Anda Akan Dapat?

online-class-icon-blue

Kelas Percuma

Kelas atas talian percuma & akses kepada kursus berpandu kendiri.

 

certificate-icon-blue

Pensijilan

Dapatkan sijil setelah melengkapkan modul.

 

Kenapa Meta Boost?

Banyak perniagaan terjejas semasa Pandemik dan masih lagi belum pulih sepenuhnnya sehingga hari ini. Hal ini memberi kesan yang lebih mendalam kepada perniagaan di kawasan luar bandar yang masih bergelut mencari sasaran pelanggan bagi perniagaan mereka. Sejak pandemik melanda, satu perkara yang kita dapat pelajari adalah kepentingan berhubung atas talian dan mencari perkhidmatan untuk keperluan harian secara atas talian. Di sinilah Meta memainkan peranan.

 

meta-platforms

 

Meta, pemilik syarikat Facebook, yang turut memiliki Instagram & WhatsApp mempunyai lebih 21 juta pengguna Facebook aktif di Malaysia sahaja. Ini menjadikannya platfom penting untuk peniaga-peniaga berhubung dengan pelanggan.

Meta telah bekerjasama dengan SOLS Foundation, penyedia pendidikan yang terbaik untuk komuniti kurang bernasib baik, untuk mengajar perniagaan kecil cara menggunakan platfom Meta untuk menghubungkan mereka kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar dan mengembangkan perniagaan mereka.

Program Meta Boost ini Untuk Siapa?

 

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

Program Meta Boost x SOLS terdiri daripada 4 modul. Anda digalakkan untuk menyelesaikan program secara berperingkat.

Anda akan diperkenalkan  kepada alatan Meta Business dan penggunaannya secara satu-persatu, demonstrasi langsung dan aktiviti interaktif. Program ini akan membantu anda membina hubungan dengan pelanggan dan khalayak baharu di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

 

Modul 1 : Wujudkan kehadiran dalam talian anda dengan Facebook & Instagram

Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  1. Nilai mewujudkan kehadiran di Facebook dan Instagram.
  2. Bagaimana untuk menyediakan Halaman Perniagaan Facebook dan Akaun Perniagaan Instagram.
  3. Bagaimana cara untuk meningkatkan ‘followers’.

Prasyarat

  1. Anda mesti mempunyai akaun peribadi Instagram dan Facebook sebelum menyertai kelas.
  2. Untuk pengalaman praktikal yang lebib baik, anda dikehendaki memiliki peranti digital sebaik-baiknya komputer riba, PC, tablet atau telefon pintar.

 

Modul 2 : Gunakan Facebook untuk Meningkatkan Kesedaran tentang Perniagaan anda

Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  1. Tingkatkan kesedaran tentang tawaran perniagaan anda dengan Post, Stories dan Live Videos.
  2. Gunakan Meta Business Suite untuk menjadualkan kandungan lebih awal.

Prasyarat

  1. Anda mesti mempunyai akaun Facebook Page dan Instagram Business sebelum menyertai kelas ini.
  2. Untuk pengalaman praktikal yang lebib baik, anda dikehendaki memiliki peranti digital sebaik-baiknya komputer riba, PC, tablet atau telefon pintar.

 

Modul 3 : Mulakan dengan Meta Business Suite

Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  1. Menjimatkan masa: Urus dan lakukan Post dan Stories di Facebook dan Instagram daripada satu halaman.
  2. Kekal berhubung: Urus perbualan anda dengan pelanggan dan jawab kepada sebarang pertanyaan.
  3. Kembangkan perniagaan anda: Jejaki statistik pada post dan iklan supaya anda boleh meningkatkan usaha anda.
  4. Kecapi lebih ramai orang: Tingkatkan capaian post.

Prasyarat

  1. Anda mesti mempunyai akaun Facebook Page dan Instagram Business sebelum menyertai kelas ini.
  2. Untuk pengalaman praktikal yang lebib baik, anda dikehendaki memiliki peranti digital sebaik-baiknya komputer riba, PC, tablet atau telefon pintar.

 

Modul 4 : Menarik pelanggan anda dengan iklan diperibadikan

Dalam modul ini, anda akan pelajari:

  1. Kenalpasti sasaran pasaran anda.
  2. Tentukan destinasi iklan anda dan tempat orang akan melihatnya.
  3. Tetapkan bajet dan jadual pengiklanan anda.

Prasyarat

  1. Anda mesti mempunyai akaun Facebook Page dan Instagram Business sebelum menyertai kelas ini.
  2. Untuk pengalaman praktikal yang lebib baik, anda dikehendaki memiliki peranti digital sebaik-baiknya komputer riba, PC, tablet atau telefon pintar.

 

 

 

Berminat?

Adakah anda pemilik perniagaan Mikro atau Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, pekerja atau bercita-cita untuk menjadi pemilik perniagaan dan berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh mewujudkan kehadiran perniagaan atas talian anda? Jika ya, daftar hari ini untuk program Meta Boost x SOLS PERCUMA kami.

Details

Date:
May 7, 2023
Time:
9:00 am - 1:00 pm

Organizer

Sarikei Innovation Center
Phone
084 657 691
View Organizer Website

Venue

Sarikei Innovation Center
Jalan Nyelong, Bandar Sarikei
Sarikei, Sarawak 96100 Malaysia
+ Google Map
Phone
084 657691
View Venue Website
Check Our Feed