Ingin tahu bagaimana teknologi dan inovasi boleh memajukan perniagaan anda? Tech Showcase & Dialogue 2025 ialah peluang terbaik untuk anda melihat sendirii hasil ciptaan usahawan teknologi tempatan Sarawak dan bagaimana inovasi mereka dapat menyelesaikan cabaran sebenar dalam masyarakat.
Program ini sesuai untuk usahawan, pelajar dan ahli komuniti di Sarikei yang ingin meneroka cara baharu untuk menjalankan perniagaan dengan bantuan teknologi. Antara inovasi yang akan diketengahkan termasuk teknologi pertanian berasaskan IoT, sistem penukaran plastik kepada bahan api, bahan bio-berasaskan tumbuhan dan peralatan untuk membina rangkaian digital.
Anda juga akan mendengar pembentangan daripada pihak yang terlibat dalam menguruskan Pelan Hala Tuju Inovasi Sarawak 2030, serta berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pengasas startup, pakar industri dan penggerak inovasi negeri.
✅ Pemahaman yang lebih jelas tentang arah tuju inovasi Sarawak
✅ Contoh inovasi sebenar yang menyelesaikan masalah tempatan dan global
✅ Idea yang boleh terus diguna pakai dalam perniagaan atau projek anda
✅ Peluang untuk bertemu rakan kerjasama, mentor dan pakar dalam bidang teknologi
Sama ada anda ingin memulakan perniagaan berasaskan teknologi, menaik taraf operasi sedia ada atau hanya mahu menimba ilmu – sesi ini akan membuka minda dan memperluaskan rangkaian anda.
Are you curious about how technology and innovation can boost your business? Tech Showcase & Dialogue 2025 is your chance to see what Sarawak’s top innovators are creating and how their ideas can help solve real-world problems.
This event is perfect for entrepreneurs, students, and community members who want to explore more ways of doing business using technology. From IoT Farming and plastic-to-fuel solutions to bio-based materials and digital networking tools – there’s something to learn for everyone.
You’ll also hear from key players behind Sarawak’s Innovation Roadmap 2030 and connect directly with tech founders, industry experts and changemakers who are driving innovation in the state.
✅ A clearer picture of Sarawak’s innovation direction
✅ Real-life examples of tech solving local and global platforms
✅ Ideas you can apply to your business or project
✅ A chance to meet potential partners, mentors and collaborators
Whether you’re looking to start a tech-based business, improve your existing operations or simply learn more about digital solutions, this morning session will open your mind and expand your network.