Atas kerjasama Meta bersama SOLS Foundation & SOLS Edu, kami menawarkan program kelas percuma bagi membantu peniaga – peniaga tempatan kecil untuk mengembang perniagaan atas talian mereka.
Ketahui cara mengembangkan perniagaan anda dengan memperlihatkan perniagaan anda atas talian dengan Facebook, Instagram & WhatsApp.
Banyak perniagaan terjejas semasa Pandemik dan masih lagi belum pulih sepenuhnnya sehingga hari ini. Hal ini memberi kesan yang lebih mendalam kepada perniagaan di kawasan luar bandar yang masih bergelut mencari sasaran pelanggan bagi perniagaan mereka. Sejak pandemik melanda, satu perkara yang kita dapat pelajari adalah kepentingan berhubung atas talian dan mencari perkhidmatan untuk keperluan harian secara atas talian. Di sinilah Meta memainkan peranan.
Meta, pemilik syarikat Facebook, yang turut memiliki Instagram & WhatsApp mempunyai lebih 21 juta pengguna Facebook aktif di Malaysia sahaja. Ini menjadikannya platfom penting untuk peniaga-peniaga berhubung dengan pelanggan.
Meta telah bekerjasama dengan SOLS Foundation, penyedia pendidikan yang terbaik untuk komuniti kurang bernasib baik, untuk mengajar perniagaan kecil cara menggunakan platfom Meta untuk menghubungkan mereka kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar dan mengembangkan perniagaan mereka.