Dapatkan Sijil Meta Blueprint: Program Pemasaran Facebook 2-Hari
Belajar cara untuk membantu perniagaan berkembang secara online dan mulakan perjalanan anda ke dalam dunia pemasaran digital!
Kenapa Anda Patut Sertai Program Ini?
Pada zaman digital sekarang, kemahiran untuk mempromosikan produk secara dalam talian sangat penting. Dalam program ini, anda akan belajar cara untuk mencipta dan menguruskan iklan di Facebook, sekaligus membuka peluang kerjaya yang menarik dalam ekonomi digital.
Pernahkah anda melihat iklan Facebook yang sangat berkesan dan bertanya – tanya, “Bagaimana mereka membuat iklan itu begitu menarik?” Program ini akan mengajar anda cara menghasilkan iklan seperti itu dan bagaimana untuk menghubungkan perniagaan dengan pelanggan yang tepat.
Siapa Yang Patut Sertai?
Program ini sesuai untuk:
- Individu yang ingin memulakan atau membina kerjaya dalam bidang pemasaran digital.
- Mereka yang mahu membantu perniagaan untuk mengiklankan produk dengan lebih bijak di Facebook.
- Usahawan, freelancer, atau pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari kemahiran ini.
Anda juga akan berpeluang untuk bertemu dengan profesional pemasaran digital dan berhubung terus dengan perniagaan yang mungkin memerlukan kepakaran anda.
Apa Yang Anda Akan Pelajari?
Dalam masa dua hari sahaja, anda akan belajar daripada asas hingga menjadi mahir dalam merancang dan menjalankan kempen iklan di Facebook.
Hari 1: Asas Facebook Marketing
- Sebab Facebook adalah platform yang sangat efektif untuk perniagaan.
- Cara mencipta Facebook Business Page yang menonjol dan kelihatan profesional.
- Teknik menulis iklan yang mampu menarik perhatian dan memberi impak.
- Cara mengenal pasti audiens yang tepat untuk iklan anda.
Hari 2: Menjalankan Iklan & Mendapatkan Hasil
- Panduan langkah demi langkah untuk mencipta iklan sebenar di Facebook.
- Memilih jenis iklan terbaik: Gambar, Video atau Carousel.
- Mengurus bajet iklan dengan bijak agar lebih efektif.
- Memantau prestasi iklan menggunakan data dan cara untuk membuat penambahbaikan.
Bagaimana Pemasaran Digital Berfungsi?
Contohnya:
Anda membantu sebuah kedai kek mempromosikan cupcake baru mereka.
- Anda mencipta posting gambar cupcake dengan tawaran diskaun “10% off”.
- Anda menggunakan alat di Facebook untuk menyasarkan kepada pelanggan berhampiran yang gemar dengan pencuci mulut.
- Iklan anda akan muncul di news feed mereka, menarik lebih ramai pelanggan ke kedai kek tersebut.
- Anda memantau berapa ramai orang yang melihat iklan dan berapa ramai yang datang ke kedai menggunakan laporan Facebook.
Dengan pemasaran digital, anda boleh memastikan iklan sampai kepada pelanggan yang sesuai, sekaligus menukarkan mereka kepada pelanggan setia.
Sijil Pengiktirafan yang Di Iktiraf Meta
Selepas program ini, anda akan menerima baucar untuk menduduki Peperiksaan Meta Digital Marketing Associate (DMA). Lulus dalam peperiksaan ini akan membuktikan bahawa anda mempunyai kemahiran dalam digital marketing, sekaligus meningkatkan kredibiliti anda kepada bakal majikan atau pelanggan anda.
Program ini akan memberikan anda semua alat dan ilmu yang diperlukan untuk membantu perniagaan berjaya secara dalam talian, serta membina kerjaya anda dalam dunia pemasaran digital yang penuh potensi ini!
DAFTAR SEKARANG
Get Certified in Digital Marketing: 2-Day Facebook Marketing Program
Learn how to grow businesses online and start your digital marketing journey!
Why Join This Program?
In today’s world, knowing how to promote products online is a must have skill. This program teaches you how to create and manage Facebook ads, helping you unlock exciting career opportunities.
Ever wondered how some Facebook ads work so well? This program shows you how to make ads like those and connect businesses with the right people.
Who Should Join?
This program is perfect if :
- You want to start or grow a career in digital marketing.
- You want to help businesses advertise better on Facebook.
- You’re an entrepreneur, freelancer, or small business owner who wants to learn these valuable skills.
You’ll also be able to meet digital marketing experts and connect with businesses that may need your help in digital marketing.
What Will You Learn?
In just 2 days, you’ll go from a beginner to someone who knows how to plan and run Facebook ads.
Day 1: The Basics
- Why Facebook is great for business.
- How to make a Facebook Business Page that stands out.
- How to write ads that catch attention and work.
- How to find the perfect audience for your ads.
Day 2: Running Ads and Getting Results
- Step-by-step guide to creating real Facebook ads.
- Choosing the best ad types: Photos, Videos or Carousels.
- Managing your ad budget wisely.
- Tracking ad results and improving them.
How Digital Marketing Works?
Here’s an example:
Imagine you’re helping a bakery promote cupcakes.
- You post a picture of the cupcakes with a “10% off” offer.
- You target nearby people who love desserts using Facebook’s tools.
- Your ad shows up in their Facebook feed, bringing more customers to the bakery.
- You track how many people saw the ad and visited the bakery.
Digital marketing helps businesses to reach the right people and turn them into customers.
Certification Included
After the workshop, you’ll get a voucher to take the Meta Digital Marketing Associate (DMA) Certification exam. Passing this proves your skills and makes you stand out to your employers or clients.
This program gives you the tool and knowledge to help businesses succeed online – and grow your own career in digital marketing!
REGISTER NOW
What is included in this event?
Apa yang termasuk dalam acara ini?
- Peserta boleh menyertai makan tengahari sambil berkenalan semasa acara.
- Peserta akan menerima e-sijil penyertaan selepas acara tersebut.
- Participants able to join the networking lunch during event.
- Participants will receive an e-certificate of participation after event.