Loading Events

« All Events

Sarikei Tech Incubator 2024

November 1 @ 9:00 am - November 30 @ 5:00 pm

Sarikei Tech Incubator: Meneroka Sempadan dengan Teknologi, Kembangkan Perniagaan Anda ke Tahap Seterusnya

Adakah anda bersedia untuk membawa aspirasi keusahawanan anda ke tahap yang seterusnya? Sarikei Tech Incubator bersedia untuk membimbing anda langkah demi langkah, daripada idea awal sehingga ke pelancaran produk yang berjaya. Program ini direka khas untuk bakal usahawan yang ingin membangunkan idea mereka menjadi pennyelesaian yang nyata dan bersedia untuk pasaran, serta memperoleh kemahiran penting untuk berjaya dalam pasaran yang kompetitif hari ini.

Selama lima minggu, anda akan melalui pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, dibimbing oleh pakar industri, mentor berpengalaman, dan rakan – rakan yang berkongsi minat yang sama. Dengan gabungan sesi praktikal, aplikasi dari dunia sebenar, dan bimbingan peribadi, inkubator ini akan melengkapkan anda dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencipta penyelesaian inovatif serta mengubahnya menjadi perniagaan yang berjaya.

Apa Itu Sarikei Tech Incubator?

Sarikei Tech Incubator bukan sekadar program latihan – ia adalah sebuah platform untuk memulakan perjalanan keusahawanan anda. Sama ada anda baru mempunyai idea perniagaan atau sudah ada konsep yang ingin direalisasikan, program ini akan membantu anda memperkemas, membina dan melancarkan produk anda. Sepanjang lima minggu, anda akan dibimbing dengan struktur yang jelas, mempelajari metodologi dan strategi penting yang terbukti berkesan untuk pembangunan produk serta pelancaran ke pasaran.

Pada akhir program ini, anda bukan sahaja akan mempunyai produk yang siap, tetapi juga keyakinan dan kemahiran untuk memperkenalkan produk anda ke pasaran. Anda akan disokong oleh model perniagaan yang kukuh, identiti jenama yang jelas, dan pelan pemasaran yang tersusun. Lebih menarik lagi, anda berpeluang mempersembahkan produk anda kepada panel pelabur, pemimpin industri, dan rakan kongsi berpotensi pada Hari Demo, memberi pendedahan yang diperlukan untuk berjaya.

Siapa Yang Patut Sertai?

Program ini sesuai untuk:

  • Bakal Usahawan: Anda yang ada idea perniagaan dan ingin belajar bagaimana untuk mengubahnya menjadi produk yang boleh dijual.
  • Startup Peringkat Awal: Anda yang sedang membangunkan penyelesaian tetapi memerlukan panduan untuk membawa produk anda ke pasaran.
  • Inovator & Pencipta: Anda yang bersemangat tentang inovasi dan ingin belajar bagaimana menyelesaikan masalah secara kreatif serta melancarkan idea anda.
  • Pelajar & Pekerja Bebas: Anda yang ingin mendapatkan pengalaman praktikal dalam pembangunan produk, model perniagaan, dan pemasaran digital.

Tak kisah sama ada anda pelajar, usahawan baru atau inovator, Sarikei Tech Incubator menyediakan semua yang anda perlukan untuk melancarkan idea perniagaan anda dengan penuh keyakinan.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Sepanjang lima minggu yang intensif ini, Sarikei Tech Incubator akan membimbing anda melalui setiap fasa dalam proses inovasi:

Minggu 1: Metodologi Design Sprint & Penjanaan Idea

Program ini bermula dengan memperkenalkan anda kepada Metodologi Design Sprint, pendekatan yang digunakan oleh syarikat – syarikat terkemuka untuk menyelesaikan masalah kompleks dan menghasilkan inovasi. Anda akan belajar cara untuk memecahkan masalah, mencipta penyelesaian kreatif, dan melakar idea – idea yang berpotensi. Anda juga akan bekerja dalam pasukan untuk mengenal pasti cabaran utama, menjana idea inovatif, dan mencipta storyboard bagi produk anda.

Hasil Pembelajaran:

  • Memahami proses 5-hari Design Sprint (Memahami, Melakar, Membuat Keputusan, Membina Prototaip, Menguji)
  • Mempelajari teknik penjanaan idea kreatif dan cara menerapkannya.
  • Menghasilkan kenyataan masalah dan melakar penyelesaiannya.
  • Mengambil bahagian dalam sesi brainstorming dan membuat keputusan untuk membina asas produk yang kukuh.

Minggu 2: Memahami Pengguna & Membangunkan Model Perniagaan

Pada minggu kedua, anda akan fokus kepada memahami pengguna dan pasaran. Anda akan menjalankan kajian pengguna, membuat temu ramah dan tinjauan untuk mendapatkan pandangan yang mendalam tentang audiens sasaran anda. Anda juga akan menganalisis trend pasaran serta pesaing bagi memastikan produk anda diposisikan dengan tepat untuk mencapai kejayaan.

Anda juga akan diperkenalkan kepada Business Model Canvas, alat yang membantu anda merangka elemen utama model perniagaan anda, termasuk cadangan nilai, aliran pendapatan dan segmen pelanggan.

Hasil Pembelajaran:

  • Pelajari teknik kajian pengguna (Temu ramah, tinjauan, analisis pasaran).
  • Membangunkan persona pengguna yang terperinci dan memetakan perjalanan pelanggan anda.
  • Memahami cara mencipta model perniagaan yang kukuh dengan Business Model Canvas.
  • Mengenal pasti peluang pasaran, aliran pendapatan, dan mencipta cadangan nilai anda.

Minggu 3: Prototaip Pantas dengan Menggunakan Alat No-Code & Ujian Pengguna

Pada minggu ini akan lebih fokus kepada tindakan. Anda akan belajar cara membina prototaip yang berfungsi dengan cepat menggunakan alat no-code yang membolehkan anda membina produk tanpa menulis kod. Anda akan membina prototaip dan memperbaikinya melalui ujian pengguna serta maklum balas yang diterima.

Hasil Pembelajaran:

  • Menggunakan alat no-code untuk membina prototaip yang berfungsi.
  • Menjalankan ujian pengguna untuk mengumpul maklum balas.
  • Memperbaiki prototaip berdasarkan maklum balas dari pengguna sebenar.
  • Mengesahkan keberkesanan produk anda dengan maklum balas pengguna.

Minggu 4: Strategi Pemasaran & Penjenamaan

Setelah anda membangunkan produk, tibalah masanya untuk memikirkan bagaimana untuk memperkenalkannya kepada pasaran. Minggu keempat ini lebih fokus kepada membina identiti jenama yang kuat dan mencipta strategi pemasaran yang menyeluruh. Anda akan meneroka saluran pemasaran seperti media sosial, pemasaran e-mel, dan kerjasama serta menentukan cara terbaik untuk mencapai audiens sasaran anda. Di akhir minggu ini, anda akan mempunyai pelan go-to-market yang lengkap.

Hasil Pembelajaran:

  • Mempelajari cara membina identiti jenama yang menarik
  • Memahami saluran pemasaran utama dan cara memanfaatkannya.
  • Membangunkan strategi go-to-market yang sesuai untuk audiens anda.
  • Merangka pelan pemasaran yang merangkumi media sosial, kerjasama dan lain-lain.

Minggu 5: Prototaip Akhir & Persiapan Hari Demo

Minggu terakhir adalah tentang memantapkan produk anda dan bersedia untuk Hari Demo. Anda akan memperhalusi prototaip, mempraktikkan dek pembentangan anda, dan memperbaiki kemahiran persembahan anda. Dengan bantuan mentor, anda akan memastikan produk akhir anda telah bersedia untuk menarik perhatian pelabur dan pemimpin industri.

Hasil Pembelajaran:

  • Menyempurnakan prototaip anda dengan sentuhan akhir.
  • Mempelajari cara menghasilkan pitch yang menarik.
  • Mempraktikkan pembentangan untuk mendapatkan maklum balas.
  • Bersedia untuk Hari Demo dan membentangkan penyelesaian anda dengan keyakinan.

Minggu 6: Hari Demo: Pembentangan Produk Anda

Program ini akan berakhir dengan Hari Demo, di mana anda akan membentangkan produk anda kepada panel hakim, pelabur, dan pihak yang berkepentingan. Ini adalah peluang untuk anda bersinar! Anda akan mempersembahkan produk anda, menerima maklum balas yang berharga, dan berpeluang untuk berhubung terus dengan pemimpin industri serta pelabur yang boleh membantu membawa produk anda ke peringkat yang seterusnya.

Kenapa Sertai Program Ini?

Sarikei Tech Incubator bukan sekadar program latihan – ia adalah pengalaman yang menyeluruh dan direka untuk memberi anda kemahiran dunia sebenar. Anda tidak hanya belajar teori; anda akan mengaplikasikan ilmu ini secara langsung, membina produk sebenar, dan menerima maklum balas secara peribadi daripada pakar industri. Pada akhir program ini, anda akan memiliki:

  • Produk yang siap untuk pasaran.
  • Model perniagaan yang terbukti sah.
  • Strategi pemasaran yang lengkap.
  • Keyakinan dan kemahiran untuk bersaing dalam pasaran hari ini.

Bersedia untuk memulakan perjalanan inovasi anda? Ini peluang anda untuk sertai komuniti usahawan yang dinamik dan mula membina sesuatu yang hebat!

 

REGISTER HERE



Sarikei Tech Incubator: Breaking Boundaries with Tech, Grow Your Business To The Next Level

Are you ready to take your entrepreneurial aspirations to the next level? The Sarikei Tech Incubator is here to guide you step by step, from the initial spark of an idea to the successful launch of your product. This program is designed for aspiring entrepreneurs who want to develop their ideas into tangible, market-ready solutions, and gain the essential skills to thrive in today’s competitive market.

Over the course of five intensive weeks, you will embark on a competitive learning experience, supported by industry experts, experienced mentors, and a network of peers who share your ambition. Through a combination of hands-on sessions, real-world applications, and personal mentorship, this incubator will arm you with the tools and knowledge needed to not only create innovative solutions but also turn them into successful, sustainable businesses.

What is Sarikei Tech Incubator?

The Sarikei Tech Incubator is more than just a training program – it’s a launchpad for your entrepreneurial journey. Whether you’re just starting out with an idea or already have a concept in mind, this program will help you refine, build, and launch your product. Over five weeks, you’ll follow a structured path, learning key methodologies and strategies that have been proven to lead a successful product development and market entry.

By the end of the program, you will not only have a fully developed product but also the confidence and strategic know-how to take it to market, backed by a solid business model, brand identity, and marketing plan. And the best part? You’ll have the opportunity to present your final solution to a panel of investors, industry leaders, and potential partners during Demo Day, giving you the exposure you need to succeed.

Who Should Join?

This program is perfect for:

  • Aspiring Entrepreneurs: If you have a business idea and want to learn how to turn it into a viable product.
  • Early-Stage Startups: If you’re in the process of developing a solution but need guidance to bring it to market.
  • Innovators & Creators: If you’re passionate about innovation and want to learn how to apply structured problem-solving methods to launch your ideas.
  • Students & Freelancers: If you want to gain practical experience inn product development, business modelling, and digital marketing.

Whether you’re a student, an early-stage entrepreneur, or an innovator in your field, the Sarikei Tech Incubator provides you with everything you need to launch your business idea with confidence.

What Will You Learn?

Over five weeks, the Sarikei Tech Incubator will guide you through every phase of the innovation process:

Week 1: Design Sprint Methodology & Ideation

The program kicks off by introducing you to the Design Sprint Methodology, a proven approach used by top companies to rapidly solve complex problems and innovate. Through structured exercises, you’ll learn how to break down problems, brainstorm creative solutions, and sketch out potential ideas. You’ll work in teams to identify key challenges, generate innovative ideas, and create storyboards that visualize your product concept.

Key Takeaways:

  • Understands the 5-day Design Sprint process (Understand, Sketch, Decide, Prototype, Test).
  • Learn creative ideation techniques and how to apply them.
  • Develop a problem statement and create solution sketches.
  • Participate in brainstorming and decision-making sessions to develop a solid foundation for your product.

Week 2: Understanding the User & Developing a Business Model

In week two, the focus shifts to understanding your users and the market. You’ll conduct user research, interviews, and surveys to gain deep insights into your target audience. At the same time, you’ll analyze market trends and competitors to ensure your product is positioned for success.

You’ll also be introduced to the Business Model Canvas, a strategic tools that helps you map out the key elements of your business model, including your value proposition, revenue streams, and customer segments.

Key Takeaways:

  • Learn user research techniques (interviews, surveys, market analysis).
  • Develop detailed user personas and map out customer journeys.
  • Understand how to create a sustainable business model with Business Model Canvas.
  • Identify market opportunities, potential revenue streams, and refine your value proposition.

Week 3: Rapid Prototyping with No-Code Tools & User Testing

This week is all about taking action. You’ll learn how to quickly build functional prototypes using no-code tools-software platforms that enable you to create products without needing to write code. With hands-on mentorship, you’ll start building a working prototype and refine it through user testing and iteration.

Key Takeaways:

  • Select and use no-code tools to build a functional prototype.
  • Learn how to conduct effective user testing to gather feedback.
  • Refine and iterate your prototype based on real user insights.
  • Validate your product’s usability and effectiveness through structured feedback loops.

Week 4: Marketing & Branding Strategy

Once you’ve developed your product, it’s time to think about how you’ll position it in the market. In week four, you’ll focus on building a strong brand identity and crafting a comprehensive marketing strategy. You’ll explore various marketing channels-social media, email marketing, partnerships-and determine the best way to reach your target audience. By the end of the week, you’ll have a complete go-to-market plan.

Key Takeaways:

  • Learn how to build a compelling brand identity.
  • Understand key marketing channels and how to leverage them effectively.
  • Develop a go-to-market strategy tailored to your audience.
  • Create a marketing plan that includes social media, partnerships, and more.

Week 5: Final Prototype & Demo Day Preparation

The last week is all about polishing your product and preparing for Demo Day. You’ll refine your prototype, practice your pitch, and perfect your presentation skills. With guidance from mentors, you’ll ensure that your final product is ready to impress investors, industry experts, and potential customers.

Key Takeaways:

  • Finalize your prototype with last-minute tweaks and enhancements.
  • Learn how to create a compelling pitch and presentation.
  • Conduct dry runs of your presentation to receive feedback.
  • Prepare for Demo Day and practice presenting your solution confidently.

Week 6: Demo Day: Showcase Your Product

The program concludes with a Demo Day, where you’ll showcase your product to panel of judges, potential investors, and stakeholders. This is your moment to shine! You’ll present your product, receive valuable feedback, and get the opportunity to network with industry leaders and investors who can help take your product to the next level.

Why This Program?

The Sarikei Tech Incubator is not just another training program – it’s an immersive experience designed to empower you with real-world skills. You won’t just learn theory; you’ll actively apply your knowledge, build tangible products, and receive personalized feedback from experts. By the end of the program, you’ll walk away with:

  • A market-ready product.
  • A validated business model.
  • A complete marketing strategy.
  • The confidence and skills to succeed in today’s fast-paced market.

Ready to turn your ideas into reality? This is your chance to join a supportive community of like-minded entrepreneurs and build something amazing. Spaces are limited, so don’t wait – register now for the Sarikei Tech Incubator and take the first step toward launching your business!


REGISTER HERE

 

Details

Start:
November 1 @ 9:00 am
End:
November 30 @ 5:00 pm

Organizer

Sarikei Innovation Center
Phone
084-657691
View Organizer Website

Venue

Sarikei Innovation Center
Jalan Nyelong, Bandar Sarikei
Sarikei, Sarawak 96100 Malaysia
+ Google Map
Phone
084 657691
View Venue Website
Check Our Feed