Bersempena dengan Pelancaran Bulan Inovasi 2023 Peringkat Pentadbiran Bahagian Sarikei, kami dengan gembira ingin memperkenalkan Inkubator Teknologi Sarikei | Siri Pertanian – sebuah program selama 8 minggu yang menarik dan direka khas untuk usahawan teknikal dan bukan teknikal yang sangat komited untuk menghidupkan semula sektor pertanian.
Upacara pelancaran Inkubator Teknologi Sarikei | Siri Pertanian ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Michael Ronnie Langgong, Tuan Residen Sarikei. Terdapat juga acara pameran teknologi yang mengujakan yang menampilkan syarikat – syarikat pemula Malaysia dalam bidang ini sebagai sebahagian daripada program ini.
Sepanjang program ini, peserta akan terlibat secara aktif dalam aktiviti keusahawanan, seperti sesi pemikiran idea dan pembuatan prototaip menggunakan lat yang mudah diakses seperti Arduino. Program komprehensif ini merangkumi satu bootcamp selama 3 hari yang akan diadakan khas bagi pembangunan prototaip, diikuti oleh fasa bimbingan yang memberi tumpuan kepada penyempurnaan konsep perniagaan. Puncak program ini adalah Hari Demonstrasi di mana peserta akan membuat pembentangan prototaip mereka dan menerima maklum balas yang berharga.
Sepanjang program ini, peserta akan berkolaborasi dengan komuniti yang mempunyai minat yang sama dan pakar – pakar industri yang dibawakan khas ke Sarikei. Matlamat utama program ini adalah untuk mendorong inovasi dan menyediakan penyelesaian pragmatik yang dapat memberi faedah kepada sektor pertanian di Sarikei dengan memanfaatkan teknologi dan amalan kelestarian.
Inkubator Teknologi Sarikei | Siri Pertanian adalah satu inisiatif unik yang diadakan di Sarikei, dimana ia menyediakan sokongan penting kepada syarikat permulaan pertanian, usahawan yang berwawasan, dan pemkir inovatif yang bercita – cita untuk meningkatkan sektor pertanian melalui teknologi, kelestarian, dan penyelesaian kreatif. Kami menjemput anda untuk menyertai kami dalam usaha untuk menyumbang kepada transformasi positif dan inovasi dalam industri pertanian Sarikei.
In conjunction with launching ceremony of Innovation Month 2023 Administration Level in Sarikei Division, we are excited to introduce the Sarikei Tech Incubator | Agriculture Series-an engaging 8-week program tailored for both technical and non-technical entrepreneurs deeply committed to revitalizing the agricultural sector.
The launching ceremony of Sarikei Tech Incubator | Agriculture Series will be officially launched by Tuan Michael Ronnie Langgong, Tuan Residen of Sarikei. There will also be an exciting tech showcase featuring Malaysian Startups in this field as part of the program.
Throughout the program, participants will actively engage in entrepreneurial activities, such as brainstorming and crafting prototypes using accessible tools like Arduino. This comprehensive program encompasses a 3-day bootcamp dedicated to prototype development, followed by a mentoring phase focused on honing startup concepts. The peak of this program is a Demo Day where participants can proudly present their prototypes and receive valuable feedback.
On this journey, participants will collaborate with a diverse community of peers and industry experts. The primary objective of this program is to foster innovation and provide pragmatic solutions that can benefit Sarikei’s agriculture sector, leveraging technology and sustainable practices.
The Sarikei Tech Incubator | Agriculture Series is a unique initiative situated in Sarikei, providing essential support for agricultural startups, visionary entrepreneurs, and innovative thinkers who aspire to enhance agriculture through technology, sustainability, and creative solutions. We invite you to join us in this endeavour to contribute to the positive transformation and innovation of Sarikei’s agriculture industry.