Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Sarikei Tech Incubator Series | Agriculture Series – Bootcamp

October 20, 2023 @ 9:00 am - October 22, 2023 @ 3:00 pm

Memperkenalkan program Inkubator Teknologi Sarikei | Siri Pertanian bersempena Bulan Inovasi Sarikei 2023. Program selama 8-minggu yang berinovatif ini direka khas untuk usahawan teknikal dan bukan teknikal dari sektor pertanian yang memiliki komitmen untuk menghidupkan sektor pertanian ke arah digital.

Membuka Jalan Ke Arah Inovasi Pertanian

Dalam program Bootcamp selama 3-hari ini, peserta akan menjalani perjalanan keusahawan yang dinamik, dan akan terlibat dalam aktiviti yang meransang kreativiti, inovasi, dan pembinaan kemahiran praktikal. Perjalanan ini merangkumi sesi perbincangan idea dan pembangunan prototaip secara praktikal dengan menggunakan peralatan yang mudah diperoleh seperti Arduino.

Mengubah Pertanian dengan Teknologi

Namun, apa yang membezakan program ini adalah peluang kepada peserta untuk mencipta dan mengembangkan penyelesaian masalah melalui Teknologi Internet (IoT) dan teknologi inovatif yang khas untuk ladang, operasi penternakan, dan aspek lain dalam bidang pertanian.

Memberi Kuasa Perubahan kepada Pertanian

Kem Bootcamp Transformasi Digital menawarkan pengalaman pembelajaran yang tertumpu, mempersiapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengendalikan dunia inovasi digital yang rumit. Dengan menguasai konsep Kanvas Model Perniagaan dan Pengesahan Pelanggan, peserta akan memahami lebih mendalam cara mencipta model perniagaan dan produk yang berteraskan pelanggan.

Transformasi Digital

Transformasi Digital adalh tentang memanfaatkan teknologi dan data terkini untuk mengubah dan mengoptimumkan proses dan strategi perniagaan. Peserta akan meneroka lebih mendalam dalam perjalanan transformasi ini, dari pelbagai aspek inovasi digital, termasuk:

Kanvas Model Perniagaan: Alat yang sangat berguna ini merupakan asas perancangan strategik. Ia membantu dalam merancang, menerangkan dan menganalisis model perniagaan anda, menyediakan rangka yang berstruktur untuk memahami elemen kunci seperti cadangan nilai, segmen pelanggan sasaran, aliran pendapatan, dan struktur kos. Melalui Kanvas Model Perniagaan, peserta akan mempelajari cara merancang secara strategik dan menyesuaikan model perniagaan mereka dengan keperluan yang sentiasa berubah dalam sektor perniagaan.

Pengesahan Pelanggan: Langkah penting dalam proses pembangunan produk, pengesahan pelanggan melibatkan pengesahan bahawa produk atau penyelesaian anda sejajar dengan keperluan dan pilihan sebenar pelanggan sasaran anda. Peserta juga akan mempelajari seni mengumpul dan menganalisis maklum balas pelanggan secara berkesan, menguji hipotesis, dan memastikan bahawa konsep permulaan mereka benar – benar memberi impak kepada pelanggan sasaran. Proses inipenting untuk membina produk dan perkhidmatan yang tidak hanya inovatif tetapi juga siap untuk pasaran.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk membentuk masa depan pertanian melalui inovasi dan teknologi. Sertai Inkubator Teknologi Sarikei | Siri Pertanian dan Kem Bootcamp Transformasi Digital. Perjalanan kejayaan anda bermula disini, dan masa depan pertanian ada di tangan anda!

 

Introducing the Sarikei Tech Incubators | Agriculture Series in conjunction with Sarikei Innovation Month 2023. This innovative 8-week program is specially designed for both technical and non-technical entrepreneurs in the agricultural sector who are committed to digitalizing and revitalizing agriculture.

Paving the Way for Agricultural Innovation

Over these 3-day Bootcamp, participants will embark on a dynamic entrepreneurial journey, engaging in activities that stimulate creativity, innovation, and the development of practical skills. This journey includes brainstorming sessions and hands-on prototype development using readily available tools like Arduino.

Agricultural Transformation with Technology

What sets this program apart is the opportunity for participants to create and develop problem-solving solutions through Internet of Things (IoT) technology and innovate solutions tailored for farms, livestock operations, and other aspects within the field of agriculture.

Empowering Change in Agriculture

The Digital Transformation Bootcamp provides a focused learning experience, equipping participants with the skills and knowledge necessary to navigate the complex world of digital innovation. By mastering the concepts of the Business Model Canvas and Customer Validation, participants will gain a deeper understanding of how to create customer-centric business models and products.

Digital transformation is all about leveraging cutting-edge technology and data to reshape and optimize business processes and strategies. Participants will dive deep into this transformative journey, exploring various facet of digital innovation, including:

Business Model Canvas: This potent tool is the cornerstone of strategic planning. It assists in designing, describing, and analzing your business model, providing a structured framework for understanding key elements such as value proposition, target customer segments, revenue streams, and cost structure. Through the Business Model Canvas, participants will learn how to strategically adapt their business models to meet the ever-evolving needs of the agricultural sectors.

Customer Validation: An essential step in the product development process, customer validation ensures that your product or solution aligns perfectly with the actual needs and preferences of your target customers. Participants will master the art of gathering and analyzing customers feedback, testing hypotheses, and ensuring that their startup concepts deeply resonate with their intended audience. This process is integral to building products and services that are not just innovative but also market-ready.

Don’t miss out this unique opportunity to shape the future of agriculture through innovation and technology. Join the Sarikei Tech Incubator | Agriculture Series and the Digital Transformation Bootcamp. Your journey to success starts here, and the future of agriculture is in your hands!

 

 

Schedule

 

 

 

 


What is included in this event?
Apa yang termasuk dalam acara ini?

  1. Peserta boleh menyertai makan tengahari sambil berkenalan semasa acara.
  2. Peserta akan menerima e-sijil penyertaan selepas acara tersebut.
  1. Participants able to join the networking lunch during event.
  2. Participants will receive an e-certificate of participation after event.

 

REGISTER HERE

Details

Start:
October 20, 2023 @ 9:00 am
End:
October 22, 2023 @ 3:00 pm

Organizer

Sarikei Innovation Center
Phone
084 657 691
View Organizer Website

Venue

Sarikei Innovation Center
Jalan Nyelong, Bandar Sarikei
Sarikei, Sarawak 96100 Malaysia
+ Google Map
Phone
084 657691
View Venue Website
Check Our Feed